Tuesday, 15 January 2013

My Interest

ASSALAMMUALAIKUM,
HAI, Salam 1 MALAYSIA, Saya NORHAZIQAH BINTI ABD RAZAK.
19 Tahun, Hari ini saya nak cerita tentang kesukaan... Pada masa lapang saya suka membaca novel sambil mendengar lagu atau radio.Novel ADAM & HAWA adalah salah satu novel kegemaran saya. Selain itu, saya suka mendengar lagu atau radio. radio yang selalu saya dengar ialah ERA fm. Pada waktu pagi saya sering mendengar radio ERA kerana banyak maklumat yang boleh didapati seperti berita terkini. Selain itu, mendengar radio ERA juga dapat mengurangkan tekanan yang saya hadapi terutama sekali pada waktu pagi. JOHARA pagi ERA dapat menghilangkan stress kerana mereka sering membuat lawak. Saya juga suka meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya dan keluarga akan pergi bercuti sekiranya ada kelapangan. Dengan ini, kami dapat meluangkan masa bersama-sama sambil menenangkan fikiran. Pada waktu lapang terutama sekali pada waktu cuti saya akan keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan kesayangan saya. Kami pergi membeli belah di pasar raya- pasar raya selain menonton wayang.
         Saya juga amat meminati program 'SHOWDOWN'. Kumpulan yang amat saya minati ialah WAKAKA CREW. WAKAKA CREW merupakan kumpulan 'breakdance' daripada negeri Johor. Cara mereka menari sangat menarik perhatian saya. Saya berharap dapat berjumpa dengan mereka lagi dan melihat mereka menari...

       

No comments:

Post a Comment